DAP jangan berlakon sokong Islam
OLEH DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
SAYA sangat tertarik dengan tajuk berita "DAP sokong Islam" dalam Sinar Harian dengan isi beritanya sebagaimana dilaporkan daripada Lim Kit Siang bahawa "DAP menyokong prinsip Islam dalam perlembagaan".
Kalau benar begitu, kenapa DAP menentang sekeras-kerasnya pengislaman anak bawah umur 18 tahun oleh salah seorang ibu atau bapa yang memeluk Islam yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dan selaras dengan fatwa-fatwa peringkat kebangsaan dan fatwa negeri? Tidakkah ia merupakan peruntukan dalam perlembagaan yang selaras dengan Islam?
Ketika pindaan Akta 164 berlangsung di Dewan Rakyat lalu sangat ketara, yang dipertikaikan oleh ahli-ahli Parlimen DAP ialah kenapa tidak dimasukkan cadangan pindaan 88a yang membolehkan agama anak ditentukan secara bersama oleh ibu dan bapa sedangkan mereka tahu cadangan pindaan itu bercanggah dengan perlembagaan dan bercanggah dengan Islam?
DAP tidak perlu berlakon untuk menyokong Islam. Perjuangan DAP ialah Malaysia sebagai negara sekuler. Pemikiran itu sudah tentu bercanggah dengan prinsip Islam dalam pemerintahan.
Tindakan dan perlakuan DAP jelas menunjukkan penentangan mereka terhadap Islam. Sejak 2015 khususnya, DAP kembali menunjukkan penentangan terhadap usaha menegakkan undang-undang jenayah Islam di Kelantan. Usaha memperkasakan RUU 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam juga ditentang keras oleh DAP.
Para pengundi Islam tidak perlu terpedaya dengan kata-kata manis DAP bagi memenangi PRU ke 14. Kegagalan Umno/BN menguruskan negara secara berhemah berasaskan prinsip Islam telah menjadi modal DAP untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Namun, percayalah Islam tidak akan selamat di bawah pemerintahan DAP.
PAS hadir bersama Gagasan Sejahtera menawarkan alternatif berkerajaan kepada rakyat Malaysia pada PRU ke-14. "Sejahtera bersama Islam" menjadi moto PAS bagi menyelamatkan negara daripada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial.
"Sejahtera Bersama Islam"
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

No comments