Jihad terhadap diri sendiri
Oleh Muhammad Hisyam Mohamad
SAMBUTAN Hari Kemerdekaan tahun ini agak istimewa berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana selepas 31 Ogos iaitu pada 1 September, umat Islam akan meraikan Aidiladha. Apa yang dikatakan ‘istimewa’ yang ingin penulis ketengahkan di sini tiada kaitan dengan cuti umum yang jatuh berselang hari kemudiannya diikuti oleh cuti hujung minggu. Tetapi lebih kepada unsur ‘pengorbanan’ yang terdapat dalam kedua-dua hari tersebut.
Para pejuang kemerdekaan negara mengorbankan jiwa dan harta mereka untuk melihat Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah. Nabi Ibrahim AS pula rela mengorbankan anaknya, Ismail AS demi memenuhi perintah Allah SWT. Sejauh mana pula kesanggupan kita untuk berkorban hawa nafsu demi mentaati perintah Allah SWT dan pada masa sama memakmurkan negara atas dasar keimanan dan ketakwaan?
Dalam proses mengisi ruang kemerdekaan dan pembangunan negara, kesanggupan pemimpin terutamanya untuk mengurus negara secara ikhlas dan jujur adalah amat penting sekali. Untuk mengatakan bahawa majoriti pemimpin hari ini adalah bersih daripada segi salah laku integriti adalah sesuatu kenyataan yang meragukan.
Apa yang pasti secara persepsinya untuk kita mengatakan bahawa majoriti pemimpin masyarakat dewasa ini adalah satu kelompok manusia yang berintegriti atau bebas penyalahgunaan kuasa hanya akan mengundang senyuman sinis daripada anggota masyarakat.
Berita-berita rasuah dan salah guna kuasa yang mewarnai media massa adalah satu indikator jelas bahawa kebanyakan pemimpin baik di peringkat parti politik mahupun institusi korporat ataupun bukan korporat masih kekurangan nilai amanah di dalam jiwa mereka.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Dzahabi yang mungkin agak keras untuk mereka yang bergelar pemimpin, Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Akan tiba satu waktu kepada umatku penguasanya seperti singa, para menterinya seperti serigala dan hakim-hakimnya seperti anjing. Sementara itu, umat kebanyakan bagaikan kambing. Bagaimana kambing mampu hidup di antara singa, serigala dan anjing?”
Dengan menggunakan metafora singa, serigala dan anjing, hadis ini mengkhabarkan bahawa pada suatu tahap, umat Islam akan mengalami penindasan dan penderitaan berikutan kezaliman dan kekejaman dari setiap penjuru yang dilakukan oleh pihak yang mempunyai kuasa.
Persoalannya, sudah tibakah waktu yang dinyatakan oleh baginda SAW? Atau kita sedang melaluinya? Sebagai golongan yang mempunyai kuasa, mereka terdedah kepada banyak cabaran hawa nafsu yang mampu menggugat keimanan manusia.
Dalam Surah Shod ayat ke 26, Allah berfirman yang bermaksud: “Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa (nafsu) kerana ini akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
Sememangnya kekuasaan itu adalah satu ujian berat kepada pemimpin yang sedar akan hakikat kebertanggungjawabannya di akhirat kelak. Justeru, kegagalan manusia untuk mengawal hawa nafsu, lebih-lebih lagi jika termasuk dalam golongan yang mempunyai autoriti dalam sesuatu perkara atau urusan hanya memungkinkan dirinya berhadapan dengan azab yang dijanjikan Allah di akhirat kelak.
Dalam satu hadis, Nabi SAW sekembalinya daripada satu medan peperangan pernah bersabda kepada para sahabat: “Kamu telah kembali dari medan jihad yang lebih kecil untuk menghadapi jihad yang lebih besar.” Para sahabat bertanya: “Apakah dia jihad yang lebih besar itu wahai Rasulullah SAW”? Rasulullah SAW bersabda: “Jihad terhadap diri sendiri.”
Namun untuk mengorbankan hawa nafsu demi mengikhlaskan diri dalam melaksanakan amanah kepimpinan bukan satu tugas mudah. Bahkan ia lebih sukar dan mencabar, lebih-lebih lagi jika tuntutan hawa nafsu tadi sudah sebati dan sudah dianggap biasa oleh sesebuah masyarakat.
Sesungguhnya dalam perjalanan mengisi era kemerdekaan yang terhasil menerusi pengorbanan jiwa raga mereka terdahulu, tugas generasi pemimpin masa ini seharusnya menjadi lebih senang. Mereka tidak perlu mempertaruhkan nyawa atau bersusah payah mengharungi penindasan penjajah, cuma yang diperlukan hanyalah perjuangan menentang hawa nafsu sendiri.
Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik pernah bertanya kepada ulama besar Abu Zar’ah sama ada seorang khalifah juga akan dihisab di akhirat kelak. Abu Zar’ah bertanya balik kepada khalifah adakah beliau berasa lebih mulia daripada Nabi Daud AS. Ini kerana menurut Abu Zar’ah, Nabi Daud AS walaupun berkumpul pada baginda nubuwwat dan khilafat, namun baginda tetap diwajibkan oleh Allah SWT untuk berlaku adil dan tidak menurut hawa nafsu dalam menghukum manusia.
Bahkan baginda diingatkan oleh Allah SWT bahawa mereka yang menurut hawa nafsu adalah mereka yang lupa tentang azab yang bakal menanti pada hari perhitungan kelak. Jawapan Abu Zar’ah ini menyebabkan Khalifah al-Walid terdiam!
PENULIS ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

No comments