Anak Hadi gesa ayahnya diberi peluang perjelas ‘Amanat Hadi’ di TV
PETALING JAYA: PAS meminta presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi peluang muncul secara langsung di mana-mana stesen televisyen (TV) untuk menjelaskan isu “Amanat Hadi”, petikan ucapan Hadi yang kerap dibidas Umno kerana didakwa mengkafirkan ahli Umno.
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata bapanya sedia menjelaskan isu itu jika permintaan untuk muncul di TV direalisasikan.
“Beri 1 jam siaran langsung untuk Tok Guru (Hadi) jawab, sila beri ruang kepadanya menjawab isu (Amanat Hadi) secara langsung di TV tempatan,” kata Khalil kepada Sinar Harian.
Khalil berkata bapanya dapat menjelaskan “Amanat Hadi”, yang baru-baru ini dikaitkan dengan peristiwa berdarah Memali pada 1985 yang mengorbankan 18 nyawa.
Menurutnya, Hadi pernah membuat permintaan menjelaskan isu itu di media kerajaan tetapi tidak diberikan ruang.
Tragedi Memali kembali dibincangkan selepas soalan mengenainya dibangkitkan pada forum “Nothing to Hide” anjuran PPBM yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pergaduhan tercetus selepas penduduk kampung mempertahankan guru agama dan penyokong PAS, Ibrahim Mahmud, daripada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat.
Hadi baru-baru ini mengucapkan terima kasih kerana isu Memali dibangkitkan semula, sambil berkata PAS kini menolak sikap mengkafirkan orang lain sehingga dapat bekerjsama dengan Umno.
Sebelum ini, bekas ketua polis negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa ucapan “Amanah Hadi” itu memberi inspirasi kepada ahli PAS di Memali sehingga bersikap militan.

No comments