Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Serapkan Pemikiran Tok Guru Nik Aziz Dalam Setiap Rakyat Malaysia

Oleh Md Zulaimi Kazin

Almarhum TGNA pernah cerita bahawa UMNO pernah melarang kita bercakap pasal Islam kepada penganut agama lain, sensitif katanya.  Jawab Tok Guru, tidak. Cara kami bagi pemahaman Islam kepada orang bukan Islam lain dari cara UMNO, kita ceritakan keadilan Islam dan kesyumulan Islam, sebab itu Tok Guru boleh berkawan degan paderi - paderi  dan sami-sami sebab mereka boleh terima cara penyampaian Tok Guru malah sayang kpd Tok Guru.


Tapi sayang, dari kaedah kita sebarkan kasih sayang yg Tok Guru bawa sdh bertukar kpd kebencian.

Hari ini bila orang lain tak boleh terima cara penyampaian kita terus dicop musuh Islam dan lebih sedih lagi orang Islam yang lain tak boleh terima pendekatan yg kita bawa juga dicop "barua" atau "alat" kepada musuh Islam dan munafik.

Lebih parah lagi Islam bila kita menjuzukkan lagi Islam kepada perjuangan bangsa yg sempit, menanam kebencian kaum untuk menghalang orang melayu boleh bersikap terbuka dan rasional macam Tok Guru Nik Aziz.

Perlu digerakkan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz dikalangan anak muda melayu dan bukan melayu. Inilah khazanah yg berharga yg ditinggalkan tokoh kerohanian yg dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ramai kalangan yg boleh berbicara secara tepat pemikiran Tok Guru terutama anak didiknya Husam.

Saya masih ingat lagi masa kempen di PRN Sarawak, dalam program ceramah Tok Guru di Kuching, ramai orang2 Cina yg berumur datang.

Bila ditanya kepada mereka, nak kemana? "Mahu dengar itu orang tua Nik Aziz cakap".
 Boleh faham ke? "Tak faham tak apa, tengok muka dia pun hati sudah senang, ramai cakap ini orang tua cukup baik punya"... sampai sekarang masih segar dalam ingatan saya bahawa bukan sahaja rakyat semenanjung malah Cina di Sarawak pun bercakap dan sanjung Tok Guru.
 Ini menunjukkan satu penanda aras kejayaan besar pemikiran Tok Guru amat sesuai dlm masyarakat majmuk mcm Malaysia.
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN

...............................................................................................................................................................
Admin :pihak kami tidak lagi terlibat dalam laman web detikdaily.net ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...

https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments