PAS-Umno: Penulis pro PH buta sejarah
TADI saya membaca tulisan Penulis Kanan Sinar Harian, Wan Haron Wan Hassan yang menganggap PAS telah berubah wajah kerana "bersekongkol dengan Umno" dan "bekerjasama dengan Umno".
Walaupun penulis kanan, tetapi penulisan
itu ternyata buta sejarah. Bahawa PAS sejak awal 1970-an lagi telah
membahaskan hukum kerjasama dengan Umno dari sudut pandangan syariat.
Ada tiga kertas telah merekodkan pembentukan pendirian PAS dalam soal
ini.
I) Masalah Kerajaan Campuran
Perikatan-PAS di Malaysia Barat 1972 yang disusun oleh Ust Abu Bakar
Hamzah, Setiausaha Agung PAS;
II) Penjelasan Terhadap Beberapa Pertanyaan Tentang Kerajaan Campuran; dan
III) Pendapat dan Pandangan Ulamak-ulamak PAS Dalam Perjumpaannya.
Ketiga-tiga kertas ini adalah perbahasan
hukum berdasarkan nas-nas syarak oleh para ulamak PAS tentang kerjasama
dengan Umno dan Perikatan. Sepanjang era kepemimpinan Pak Yusof Rawa
dan Ustaz Fadzil Mohd Noor, mereka telah mengambil langkah-langkah untuk
bekerjasama dengan atas berdasarkan Islam.
Bagi penulis yang pro PH mereka memang
membutakan hati dalam soal ini, dan suka membuat fitnah untuk
memburukkan PAS. Sedangkan wajah PAS belum berubah selagi ia berpegang
dengan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai landasan hukumnya.
Head House of Resources Pusat Penyelidikan PAS Pusat -
No comments