Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

DEWAN RAKYAT | Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berbuat demikian pada pukul 10.04 pagi tadi di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Ia merupakan aturan urusan mesyuarat pertama bagi sidang hari ini sebelum sesi soal jawab lisan.
Anggota Parlimen yang hadir memberi tepukan apabila namanya dipanggil untuk mengangkat sumpah dan juga ketika acara itu selesai.

Beliau dilihat duduk di kedudukan anggota parlimen senior, iaitu di barisan depan, antara Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Upacara itu diadakan dua hari selepas presiden PKR itu menang dalam PRK Port Dickson dua hari lalu dengan majoriti besar dengan memperoleh 31,016 undi mengatasi pencabar terdekatnya Mohd Nazari Mokhtar dari PAS (7,456 undi).

Anwar yang sebelum ini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dalam kesalahan liwat kembali layak untuk menjadi anggota parlimen selepas mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

Admin,atas sebab sebab tertentu ,pihak kami akan menutup sepenuhnya laman web detikdaily ,dan sila ke laman web baru https://denyutreformasi.blogspot.com/..terima kasih atas sokongan ada semua terhadap pihak kami...https://denyutreformasi.blogspot.com/

No comments