Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

Kecoh di forum: Tiga suspek ditahan dua daripadanya pelajar kolej

SEKURANG-kurangnya tiga orang suspek yang mencetuskan kekecohan ketika forum Nothing To Hide  2.0 ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat.

Beliau berkata tiga yang ditahan adalah daripada kalangan umur 17 hingga 19 tahun dan dua daripadanya merupakan pelajar kolej di Selangor.

"Setakat 5.45 petang tiga orang ditahan dan tangkapan dibuat orang awam dan diserahkan kepada pihak polis," katanya kepada media di Dewan Raja Muda Musa.

Bagaimanapun beliau berkata pihak polis masih menentukan siasatan kerana tiada pihak yang masih belum membuat laporan.

Beliau juga mengesahkan tiada pihak yang cedera ketika kekecohan itu berlaku.

Terdahulu, kekecohan berlaku sewaktu program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung Dewan Raja Muda Musa Shah Alam .

Ia tercetus sejurus Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan seorang peserta itu mengenai insiden Memali.
Ketika itu secara tiba- tiba beberapa selipar dan botol di baling dari tengah dewan ke arah Dr Mahathir.

Kerusi juga dicampak dan serentak dengan itu dua suar turut dibaling oleh suspek.

Forum yang dianjurkan Pemuda Bersatu itu adalah platform kepada Dr Mahathir dan Najib Razak berdebat tentang masalah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Najib yang dijemput menghadiri program tersebut tidak hadir.

No comments