Sudut mana tidak setia?
TIDAK setia
dengan perjuangan dan membelakangkan keputusan parti. Itu antara tuduhan
yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan parti yang sedang
berlangsung.
Bercakap kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI,
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd . Akin berkata, tuduhan
tersebut mungkin timbul kerana perbezaan pendekatan dalam melaksanakan
agenda reformasi.
MINGGUAN: Meskipun pada luarannya, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak seolah-olah tidak ada apa-apa isu tetapi di dalam ada pelbagai cerita dan pergolakan. Apa komen Yang Berhormat (YB)?
SHAMSUL: Saya rasa pemilihan kali ini begitu menarik dalam kalangan pimpinan dan anggota parti kerana PKR telah menjadi sebahagian komponen parti pemerintah. Sebab itu ramai anggota lama dan baharu menunjukkan kecenderungan serta keghairahan untuk berkhidmat dan menawarkan diri bertanding jawatan-jawatan penting di peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
MINGGUAN: Meskipun pada luarannya, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak seolah-olah tidak ada apa-apa isu tetapi di dalam ada pelbagai cerita dan pergolakan. Apa komen Yang Berhormat (YB)?
SHAMSUL: Saya rasa pemilihan kali ini begitu menarik dalam kalangan pimpinan dan anggota parti kerana PKR telah menjadi sebahagian komponen parti pemerintah. Sebab itu ramai anggota lama dan baharu menunjukkan kecenderungan serta keghairahan untuk berkhidmat dan menawarkan diri bertanding jawatan-jawatan penting di peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Saya fikir ini peluang kepada pimpinan dan
anggota untuk membuat keputusan ke mana arah parti ini dibawa selepas 20
tahun selesainya reformasi. Maknanya reformasi telah berjaya. Sekarang
kita hendak tunjuk kepada rakyat bahawa demokrasi itu dilaksanakan, dan
kita ada proses demokrasi matang dan peralihan kuasa yang aman.
Rakyat hendak tengok kerajaan baharu mampu
melaksanakan tugas dengan baik. Keadilan sebagai satu komponen yang
penting dalam PH, mestilah berperanan dengan begitu aktif. Pada saya,
itu satu permulaan yang baik untuk perjuangan Reformasi 2.0.
Ada dakwaan oleh pihak tertentu dalam PKR bahawa agenda Reformasi selama 20 tahun telah ‘dirompak’. Kenapa perkara itu timbul?
SHAMSUL: Saya tidak fikir
ada pihak yang diistilah merompak agenda reformasi. Kita melalui proses
yang panjang. Kalau mengikut pujangga Inggeris, T.S Eliot, The journey
not the arrival matters. Pengembaraan itu merupakan satu perkara yang
amat penting. Sebab itu apabila dalam suasana kempen, apabila ada
mendakwa merekalah sejak awal berjuang dan sebagainya, mungkin itu
dianggap sebagai tindakan untuk hijack perjuangan reformasi.
Tapi bagi saya, calon Naib Presiden, dalam
setiap kempen yang saya kemukakan, saya nyatakan kita ada founding atau
guiding ideas iaitu Deklarasi Permatang Pauh. Yang pertama, keadilan
untuk semua.
Kedua, berkaitan dengan pembersihan jentera
kerajaan daripada rasuah dan penyelewengan. Ketiga, memastikan institusi
kehakiman itu bebas. Keempat, kita hendak angkat martabat manusia,
tidak ada yang dizalimi dan diaibkan. Kelima, kita hendak rapatkan
jurang atau kesenjangan ekonomi antara yang miskin dan kaya. Keenam,
kita hendak cerita tentang jati diri negara.
Ini adalah perkara-perkara yang menjadi
founding ideas kepada perjuangan PKR itu. Setelah 20 tahun, kita
bercakap dengan rakyat, inilah nadanya. Sebab itu bila PKR menang di
Selangor, kita lakukan berdasarkan founding ideas.
Selepas 20 tahun perjuangan
reformasi, PKR kini telah menjadi kerajaan. Bagaimana agenda reformasi
ini hendak diteruskan pada masa hadapan?
SHAMSUL: Saya rasa itu soal
pendekatan. Kita dalam kepimpinan, apa yang kita cuba elak adalah
peperangan proksi. Sudah pasti apabila dalam suasana kempen, ada
kecenderungan pengamal-politik atau pengamal media menjurus kepada dua
kem misalnya.
Kalau diteliti kempen, apa yang dihujahkan
oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, itu lebih kepada mengisi kemenangan.
Kerana Mohamed Azmin sebagai Timbalan Presiden, dia pernah menjadi
antara Menteri Besar paling berjaya dalam menguruskan Selangor yang
begitu rencam, maju, ada pelbagai masalah dan sebagainya.
Sekarang beliau menjadi Menteri Ekonomi.
Sebab itu dalam kempen, berdasarkan kemenangan di Selangor, beliau telah
mengisi kemenangan itu dengan agenda reformasi. Sebab itu, saya sebut,
perjuangan reformasi bukan sekadar teriakan tetapi kita buat dalam
bentuk polisi kerajaan.
Ini boleh dilihat dalam Kongres Masa Depan
Bumiputera dan Negara 2018. Perkara ini penting, hendak dirapatkan
kesenjangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu. Biar ada satu
dasar yang inklusif supaya semua mendapat manfaat.
Ada dua isu ditimbulkan dalam
pemilihan PKR kali ini, iaitu kumpulan yang buat tindakan membelakangi
parti dan soal kesetiaan kepada Anwar. Kenapa perkara itu boleh timbul?
SHAMSUL: Saya pun kurang
arif kenapa kempen beliau begitu. Saya lihat dalam hal ini, kalau
mana-mana pihak memainkan isu kesetiaan, bagi saya itu memberikan
kelebihan kepada Mohamed Azmin. Beliau bekerja dengan Anwar dan pada
saat kritikal pada September 1998, beliau tidak lari meninggalkan
bosnya. Beliau setia sehingga sampai ke peringkat sekarang.
Kalau kita masih ingat “Langkah Kajang”, pada
pandangan kita, Langkah Kajang itu sebenarnya tidak perlu kerana kita
ada Mohamed Azmin yang boleh diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim. Tapi akhirnya apabila diputuskan dalam mesyuarat pimpinan,
beliau turun membantu berkempen.
Jadi hendak kata bahawa beliau memainkan
peranan sebagai seorang yang tidak setia kepada perjuangan, pada saya
itu akan menimbulkan satu pertanyaan cukup besar, dari sudut mana
hilangnya kesetiaan Mohamed Azmin?
Sebab kita tak nampak sekarang ini. Dalam
sidang akhbar Anwar untuk bertanding di Port Dickson, beliau hadir di
sebelah Anwar. Saya tidak nampak sudut mana beliau tidak setia atau saya
tidak setia.
Saya membesar dalam PKR dan setelah tamat
belajar pada 1998, terus menerjunkan diri dalam gerakan Reformasi
sehingga sekarang. Disuruh lawan Tan Sri Mohd. Ali Rustam, saya lawan
walaupun sukar. Jadi, kena tanya kepada mereka yang berkempen dari sudut
mana yang tidak setia?
Kedua, dalam PKR, aliran membuat keputusan
itu jelas. Korum paling tinggi untuk membuat keputusan adalah Kongres.
Sebab itu lahirnya jawatan Ketua Umum, tidak ada dalam mana-mana parti
tapi jawatan Ketua Umum itu adalah keputusan tertinggi dalam Kongres.
ROS iktiraf kerana itu dalam perlembagaan parti.
Kedua, hendak dikatakan bagaimana
keputusan-keputusan itu dibelakangkan? Bagi saya selain Kongres kita ada
MPP yang akan membuat keputusan dalam apa jua hal. Dalam pemilihan
lepas, kita sentiasa bermesyuarat untuk memutuskan perkara-perkara
mustahak termasuk menubuh PH.
Cuma yang menjadi sedikit cabaran kepada PKR
waktu itu ialah berlaku perbezaan pendapat. Yang saya bimbang apabila
perbezaan pendapat itu dianggap membelakangkan keputusan parti. Kalau
itu, saya fikir kita ada masalah kerana saya sentiasa konsisten,
demokrasi itu bising dan apabila bising, ia mesti diraikan.
Kalau ditetapkan tarikh Anwar menjadi
Perdana Menteri Kelapan selepas Dr. Mahathir, mungkin tidak lagi timbul
keraguan tentang kedudukan Anwar?
SHAMSUL: Rakyat sebenarnya
mengharapkan the good old days Dr. Mahathir dan Anwar. Sekiranya Anwar
menang di Port Dickson dan masuk ke dalam Parlimen dan ditawarkan
jawatan Timbalan Perdana Menteri, itu yang saya maksudkan sebagai the
good old days.
Ini bukan sahaja boleh meyakinkan rakyat
malah pelabur dan mereka yang terlibat dalam perniagaan serta pelbagai
institusi masyarakat. Gandingan dua tokoh ini yang membuatkan Malaysia
berada di persada yang cukup tinggi dahulu. Anwar telah berbincang
dengan Perdana Menteri dan bersetuju Perdana Menteri akan menguruskan
Kabinet dan negara.
Hal-hal eksekutif akan diuruskan Dr. Mahathir
dan hal-hal Parlimen termasuk reformasi Parlimen akan diurus Anwar.
Jadi tidak timbul isu berlaku pertembungan. Sebab ada dua divisyen
tugasan. Soal beliau akan menjadi Perdana Menteri kelapan telah
disepakati. Selepas selesai Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Anwar
akan jadi Perdana Menteri. Masa kita tidak tentukan.
Dari segi masa itu, Anwar tidak ada masalah
sama ada hendak cepat atau lambat. Yang penting kita hendak wujudkan
keharmonian antara mereka berdua.
Adakah YB sendiri yakin Anwar akan diangkat sebagai PM kelapan?
SHAMSUL: Saya yakin kerana
itulah perjanjian dan kita menghormati perjanjian ini. Saya ingin
tegaskan di sini, selepas menang pada 9 Mei, Datuk Seri Dr. Wan Azizah
ditawarkan menjadi Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong tapi Dr.
Wan Azizah kata kita sudah ada perjanjian dan kita mesti tunaikan
perjanjian kita.
Sebab itu Dr. Mahathir angkat sumpah.
Mengambil semangat itu menjadi asas untuk saya yakin perjanjian untuk
Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan akan ditunaikan.
No comments