Buku Mengapa Mahathir ?

Terkini

MCA persoal Pulau Pinang di bawah DAP lebih banyak bantu Melayu

PETALING JAYA: MCA menyelar DAP yang berkata parti itu meminggirkan masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu, dan mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang kerana lebih banyak membantu Bumiputera daripada kumpulan lain.

“Selepas mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, dalam hanya 8 tahun, ketua menteri Pulau Pinang membelanjakan RM4.5 juta untuk hal ehwal Islam di negeri itu, tetapi memperuntukkan cuma RM7.7 juta yang diagihkan kepada semua agama lain,” kata Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen dalam kenyataannya.

Beliau turut mempersoalkan peruntukan RM8 juta oleh kerajaan Pulau Pinang kepada 20 buah sekolah aliran agama, di samping pemberian 90% kontrak kerajaan kepada Bumiputera.

“Dibandingkan era Dr Mahathir, Pulau Pinang di bawah DAP lebih banyak memperuntukkan kepada masyarakat Bumiputera,” kata Chai.

Chai berkata DAP merupakan komponen paling lemah dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), sambil menyifatkan slogan “Malaysian Malaysia” yang dibawanya “sudah terkubur”.

No comments