Terkini

Tian Chua ajak penyokong HARAPAN undi 'kunci' di Batu

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) menyokong calon bebas, P Prabakaran untuk bertanding dan mempertahankan kerusi parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Tian Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chiang, berkata keputusan memilih Prabakaran telah disampaikan kepadanya dan dilrestui pemimpin HARAPAN.

"Prabakaran muda dan bertenaga dan saya akan membantu  beliau menghadapi pilihan raya umum.
"Kami akan mencetak risalah supaya rakyat Batu akan memilihnya, dan simbol kunci.

 Penting bagi kerusi Batu untuk kekal bersama Pakatan (HARAPAN)," kata  bekas anggota Parlimen Batu itu yang gagal mempertahankan kerusi berkenaan selepas saman pemulanya hari ini ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Prabakaran, 22 merupakan pelajar undang-undang dan calon termuda yang bertanding dalam PRU14.

Tian Chua berkata beliau akan berkempen untuk Prabakaran di Batu dan pemimpin HARAPAN akan dipanggil membantu dalam tempoh lima hari ini.

Tiada ulasan