Terkini

‘Seperti Tok Guru Nik Aziz sendiri melawat’

SHAH ALAM: Lawatan anak kepada arwah Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mengingatkan kembali memori lama, tetapi seorang penduduk berkata beliau berasa seolah-olah bekas pemimpin PAS itu sendiri yang melawat mereka hari ini.

“Saya memang rasa seperti Nik Aziz di sini,” kata Mohammad Anayth, 74, kepada FMT di ceramah Pakatan Harapan di Seksyen 8 di sini.

Mohammad Anayath, 74, berasa seolah-olah arwah Nik Aziz melawat mereka menerusi anaknya, Nik Omar.

Katanya, beliau terkenangkan Nik Aziz apabila beliau lihat Nik Omar, calon PH bagi kerusi DUN Chempaka di Kelantan.

Chempaka kubu kuat PAS dan dimenangi arwah bapanya dengan majoriti 6,500 undi pada 2013. Nik Aziz yang pernah menjadi menteri besar Kelantan, meninggal dunia di usia 84 tahun pada 2015.

Seorang lagi penduduk Shah Alam berumur 70 tahun yang tidak mahu dinamakan berkata, beliau tersentuh bukan hanya kerana rupa fizikal Nik Omar yang seakan-akan bapanya, tetapi juga “cara beliau bercakap sangat mirip bapanya”.

Khalid Samad, calon PH bagi Shah Alam berkata, Nik Omar disambut baik oleh mereka yang rindu bapanya. “Saya rasa kehadirannya mengubati hati mereka yang merindui Tok Guru Nik Aziz,” katanya.

Beliau mendakwa rakyat merasakan Nik Omar lebih dekat dengan legasi Nik Aziz berbanding seorang lagi anak lelakinya, Nik Abduh yang mewakili PAS di Parlimen Bachok di Kelantan.

Nik Omar yakin pendekatan politik Pakatan Harapan sama dengan pendekatan arwah bapanya.
“Mereka rasa Nik Omar hampir sama,” kata Khalid.

Beliau menafikan Nik Omar dibawa ke Shah Alam untuk cuba menarik sokongan penyokong PAS.

“Beliau dibawa ke sini kerana semasa dia menyertai Amanah, semua orang mahu mendengar penjelasannya. Dan ramai dalam Amanah mahu mendengar penjelasan dari mulutnya sendiri,” kata Khalid.

“Sama ada rakyat mahu sokong kami atau tidak, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Nik Omar yakin pendekatan politik Pakatan Harapan sama dengan pendekatan arwah bapanya. Beliau menolak dakwaan PAS bahawa ibunya tidak menyokong keputusan meninggalkan PAS untuk sertai Amanah, dan percaya beliau melakukan perkara yang betul pada legasi politik bapanya











Tiada ulasan