Terkini

Rafizi: Pelantikan 3 anggota kabinet dah selesai

Naib presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan spekulasi bahawa partinya cuba menyanggah pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan.

"Ketiga-tiga pelantikan itu dah selesai dan telah dilakukan," katanya


Spekulasi mengenai usaha menghalang pelantikan Lim berikutan laporan Sin Chew Daily yang mendakwa Rafizi telah menasihatkan PKR agar menarik diri daripada mesyuarat Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Sabtu lalu berhubung pelantikan kabinet baru.

Rafizi menafikan perkara itu dan mengancam akan menyaman akhbar harian tersebut.
Akhbar berkenaan telah menarik balik berita versi dalam taliannya.

Pada sabtu, HARAPAN) mengumumkan tiga daripada 10 menteri kabinetnya.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dilantik sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Rafizi kemudian mengeluarkan kenyataan yang  mendakwa lantikan itu dibuat tanpa rundingan dengan PKR.Keadaan itu menimbulkan kemarahan daripada sebilangan penyokong HARAPAN yang menuntut Rafizi tidak membuat kritikan secara terbuka.

Bagaimanapun timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presidennya Nurul Izzah Anwar juga dilihat tidak senang dengan keputusan Mahathir.

Sampaikan mesej pada Dr M

Sementara itu, Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa beliau ingin menyampaikan mesej bagi memastikan proses pelantikan anggota kabinet yang lain tidak akan menerima layanan yang sama.

"Adalah penting untuk menghantar mesej ini," katanya.

Selain Dr Mahathir, timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketiga-tiga anggota kabinet berkenaan masih belum mengangkat sumpah.

Upacara itu dijangka akan diadakan pada Rabu. Tiada tempoh jangka khusus bagi Mahathir melantik tujuh lagi anggota kabinet.

Semalam, Mahathir mengumumkan kabinet beliau tidak akan melebihi 30 anggota berbanding 35 pada zaman Najib. Beliau juga berjanji agihan jawatan kabinet akan dibuat sama rata dan berkadar dengan bilangan kerusi yang dimiliki setiap parti.

Tiada ulasan