Terkini

Tian Chua heret SPR ke mahkamah

Peguam kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua pagi ini memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan pegawai pengurus pilihan raya yang tidak membenarkannya mempertahankan kerusi Parlimen Batu.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Ngeow dan Tan.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang memohon perisytiharan mahkamah berhubung kelayakannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagaimana ditetapkan dalam Artikel 48 (1) perlembagaan persekutuan.
Beliau juga memohon pengisytiharan layak bertanding sebagai calon dalam PRU14.

Tian Chua menamakan pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Sabtu lalu, Tian Chua hilang kelayakan untuk bertanding di parlimen Batu selepas kertas pencalonannya ditolak berikutan denda RM2000 yang dikenakan mahkamah terhadap beliau.

Tiada ulasan