Terkini

Jentera PH sudah digerakkan seluruh negara

Perkembangan terkini menjelang PRU14, menunjukkan jentera komponen Pakatan Harapan sudah digerakkan di seluruh negara.

Memperlihatkan kesungguhan PH untuk memenangi PRU14 itu. Dari selatan ke utara, dari timur ke barat tanah air, kelihatan pejabat komponen PH sudah dibina di setiap negeri, kawaan parlimen dan Dun.

Sementara para petugas sedang melaksanakaan jentera pilihan raya, memberi isyarat bahawa PH sangat bersedia menghadapi Umno/BN . Mengenai Manifesto Pakatan Harapan, diyakini ia akan dapat dilaksanakan.

Walaupun mungkin berperingkatperingkat, seperti mana-mana kerajaan, namun ia mampu dilaksanakan, iaitu mungkin saja dalam penggal pertama atau seterusnya, jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 nanti.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas bahawa semua janji itu dapat dilaksanakan. Ini kerana apa yang dilakukan ketika menyusun manifesto itu, ia sudah dikaji secara terperinci sama ada PH boleh laksana atau tidak.

Tun Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kritikan musuh politik PH mengenai karaguan mereka akan kemampuan PH melaksanakannya. Tentunya sangat diharapkan agar pelbagai ikrar dan saranan dalam manifesto tersebut bukan saja sampai kepada rakyat, tetapi juga difahami dan diterima oleh mereka, justeru ia memang untuk menangani masalah mereka.

Sepuluh janji menjadi inti kepada manifesto itu, yang akan dilaksanakan dalam masa seratus hari dalam manifesto tersebut iaitu:

• Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.

• Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
• Menghapuskan segala hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.


• Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

• Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

• Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPIN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kuraang daripada RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji serta merombak semula struktur kepimpinan mereka.

• Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.

• Memperkenalkan Skim Peduli sihat dengan memberi RM500 pembayaran untuk rawatan asas di klinik swasta yang berdaftar untuk golongan B40.

• Melancarkan kajian terperinci mengenai projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Ini intipati dari manifesto tersebut yang bersifat sangat merakyat. Menghapuskan segala hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda adalah bukti di mana Pakatan Harapan berusaha untuk membela naib peneroka Felda, walaupun diketahui bahawa selama ini pengundi di kawasan Felda menyokong Umno/BN dalam PRU selama ini, tetapi Pakatan Harapan tetap berusaha untuk membela nasib peneroka.

Kita yakin Manifesto Pakatan Harapan diterima oleh peneroka Felda. PRU14 kali ini memang menjadi ‘ibu segala PRU’ lantaran ia menjadi titik pemisah dalam usaha memulihkan kehidupan rakyat yang terhempas oleh kebejatan ekonomi dan lain-lain kepada pencerahan kehidupan masa depan rakyat yang akan dibawa oleh PH jika memenangi PRU14 ini.

















Tiada ulasan