Terkini

‘Jangan takut undi Pakatan Harapan’

Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Sany Hamzan mengingatkan pengundi supaya tidak takut untuk memilih blok gabungan empat parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, sepanjang sembilan tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri pelbagai kepincangan urus tadbir dan pemborosan berlaku sekali gus merugikan rakyat di negara ini.
Walhal, ujarnya, pengalaman Pakatan Harapan mentadbir Selangor dan Pulau Pinang menyaksikan segenap lapisan usia rakyat memperoleh banyak manfaat.

Sebaliknya, Ketua Pemuda AMANAH Nasional berkenaan berkata, Najib menabur duit kepada rakyat hanya ketika menghampiri PRU-14 sedangkan wang itu sebenarnya adalah milik rakyat.

“Hari ini Najib umumkan macam-macam. Sebab itu kita kata, dia bagi, kita ambil. Duit itu bukan duit mak bapa dia. Duit itu duit kita.

“Sebab itu kita jangan lupa, masa (Najib) mula mula ambil jawatan perdana menteri pada 2009, dia baiki kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya RM70 juta.

“Yang pernah tinggal di kediaman rasmi itu hanya Tun Mahathir dan Pak Lah. Itu duit siapa?
Kalau dia berniaga nasi lemak pagi-pagi terpulanglah,” tempelaknya pada Ceramah Umum AMANAH di Jempol, 2 April lalu.

Beliau juga mengingatkan pengundi tentang perbelanjaan mewah untuk aktiviti keluarga Najib apabila ada antara majlis itu menggunakan ‘Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan’ sebagai alamat penganjur.

“Jangan lupa dia sambut hari jadi beli kek RM85,000 sebiji. Majlis pertunangan anaknya (pada 17 Jun 2011) saja habis RM500,000. “Majlis kahwin anak buat di Kuala Lumpur beli bunga hidup dari Belanda RM3 juta.

Jangan lupa. Kita kais pagi makan petang, kais petang makan esok paginya.

Kalau pilih juga Umno-BN tak tahulah. “Jangan takut untuk undi Pakatan Harapan.
Kita ada sejarah memerintah di Selangor dan Pulau Pinang.

Di Selangor, daripada kanak-kanak masuk universiti dapat duit dan meninggal dunia dapat RM2,500. “Kerajaan negeri Selangor biayai RM50.

Kalau (kos rawatan) RM65, kena bayar RM15 saja.

Kerajaan negeri juga beri ibu-ibu yang jaga anak berusia kurang 18 tahun bantuan KISS (Kasih Ibu Smart Selangor) sebulan RM200. “Mereka boleh ambil barang dari kedai.

Sebulan RM200, kalau setahun dapat RM2,400. Berbeza dengan BR1M dapat RM1,200,” jelas Sany lagi. ‘














Tiada ulasan