Terkini

Tun Mahathir calon perdana menteri Pakatan Harapan

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini secara rasmi menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika gabungan pembangkang itu berjaya mengatasi BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden PKR Datuk Ser Dr Wan Azizan Wan Ismail pula dinamakan sebagai timbalan perdana menteri.

Pengumuman itu dibacakan Ketua Setiausaha HARAPAN di Shah Alam sebentar tadi.

Menurut Saifuddin untuk mengukuhkan kepimpinan kerajaan HARAPAN dan kerjasama antara parti, proses undang-undang untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera selepas mereka mengambil alih kerajaan.

Langkah itu katanya dibuat supaya Anwar dapat segera berperanan dalam kerajaan persekutuan dan kemudian diangkat sebagai calon perdana menteri kelapan negara.

Tiada ulasan