Terkini

PAS pejuang isu rakyat bukan untuk pilihan raya

Oleh NAZIRAH NASRUN 

SELAYANG: PAS bukan hanya menyempurnakan hasrat rakyat semata-mata kerana pilihan raya tetapi bersungguh-sungguh menjaga kebajikan serta menyelesaikan sesuatu isu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Asas Tani, Mohd Zaidy Abdul Talib berkata, isu perumahan Bukit Botak berlarutan hingga berpuluh tahun sehinggalah para pemimpin PAS datang.

Katanya, kerajaan Negeri Selangor sanggup subsidikan jutaan ringgit untuk selesaikan isu tersebut dan apabila sudah siap para penduduk pulang semula ke sana kerana itu merupakan hak mereka.

“Meskipun timbul isu pinjaman, para pemimpin tetap berusaha membantu rakyat sehingga ke peringkat akhir.

Malah kita berikan kemudahan bas untuk bawa mereka ke bank dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian,” ulasnya.

“Alhamdulillah ramai yang sudah dapat pinjaman perumahan. Biarpun sesetengah daripada mereka gagal mendapat pinjaman dari pihak bank, hari ini hampir 100 peratus penghuni setinggan Bukit Botak dapat menghuni kediaman mereka,” jelasnya lagi.

Menurut Zaidy antara intipati apa yang dilaksanakan oleh para pemimpin PAS pada hari ini adalah menyelesaikan isu yang juga merupakan hasrat rakyat.

“Rakyat hendak melihat para pemimpin turun padang dan apa jua yang dijanjikan oleh pemimpin haruslah dikotakan. Kita juga tidak mahu apabila turun padang, rakyat meluahkan isi hati namun para pemimpin pula tidak menghasilkan sebarang perubahan. Hal ini kerana rakyat mahu tengok para pimpinan melaksanakan kerja bukan sekadar sebut, mekap dan sebagainya,”terang beliau.






Tiada ulasan