Terkini

MB Kedah jangan ‘syok sendiri’

Oleh SARINA ISMAIL 

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Umno-BN tidak perlulah mendabik dada mengatakan mereka pemerintah terbaik sedangkan janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu belum lagi tertunai.

Demikian kata Bendahari PAS Kedah, Mohd Sobri Osman, kepada wartawan 28 November lalu mengulas dakwaan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Bashah Hanipah kononnya kerajaan terdahulu mem bawa gerhana kepada Kedah.

Beliau seterusnya mengingatkan pemimpin Umno tidak ‘syok sendiri’ sehingga lupa bahawa sepanjang tempoh lima tahun ini, mereka ternyata gagal menunaikan janji walaupun dibentang di dalam bajet saban tahun.

“Bagaimana nasib tujuh projek ikonik Kedah yang menjadi kebanggaan tidak kiralah sama ada ketika Muhriz Mahathir se bagai MB ataupun yang se karang ini.

“Rakyat dibuai dengan janjijanji indah kononnya membawa kebaikan dan pulangan kepada rakyat, namun ia tidak ubah seperti tong kosong sahaja,” ujar beliau.

Tegas beliau lagi, antara pro jek ikonik yang gagal di laksanakan termasuklah La pangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Ban daraya Aero Kedah (Kedah Aerocity),Taman Sains & Teknologi Kedah (KSTP) dan Bandaraya Sains Perubatan Kedah (KMSC).

Selain itu juga Lebuhraya Sungai Petani–Kedah Inner Express (SPIKE), Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT)dan Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City).

Katanya lagi, semua projek berkenaan telah pun diumumkan pada 2015 namun sehingga kini tidak nampak perlaksanaannya di lapangan.

Selain itu dakwaan mereka (BN) yang mengatakan hampir semua janji-janji di manifesto PRU lalu dilaksanakan, dilihat seolah gimik politik meraih sokongan rakyat.
Sedangkan, katanya, tidak ada sebarang pencapaian yang dilihat melainkan kesengsaraan rakyat dengan kesan GST dan kos sara hidup yang semakin meningkat.








Tiada ulasan