Terkini

Usaha kecil, Impak besar!!! Terima kasih encik bilal.

Oleh Azam Mektar

“Saya tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka dapat diselamatkan” kata bilal surau Taman Free School, Georgetown.

Menurut beliau pada mulanya semua mangsa segan kerana menghormati surau, namun beliau berjaya menjelaskan kepada mangsa, pada waktu itu sangat genting air sudah mencecah paras dada.

“Mereka akhirnya akur dan menumpang disurau, malah ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu” kejadian kira-kira 2 pagi.

Bilal Sapno Tukijo, anda telah menterjemahkan akhlak yang sangat baik, dikehendaki oleh Islam. Disaat pemimpin lain hadir dengan berbondong-bondong pengikut serta liputan media.

Tindakan spontan bilal ini, meninggalkan moment besar dalam memaparkan keharmonian kehidupan kita di negara berbilang bangsa & agama tanpa perasangka yang bukan-bukan.


Tanjung Piai.

Tiada ulasan