Terkini

Tubuh RCI siasat era Isa kawal Felda

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dapat mentadbir Felda dengan cemerlang dan memberikan komitmen tinggi terhadap setiap isu berbangkit di dalam Felda.

“Dewan Muslimat PAS Malaysia berharap beliau dapat mentadbir Felda dengan cemerlang dan mengharapkan Tan Sri dapat memberi perhatian terhadap setiap pandangan yang diberikan oleh Gagasan Sejahtera pada pertemuan penyerahan memorandum baru ini(6 November).

Kita mahu beliau pertimbangkan setiap cadangan dari Gagasan Sejahtera terutama dalam kes yang berlaku dalam tadbir urus Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Kami juga berharap segala kesilapan yang berlaku dalam pentadbiran sebelum ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas pertemuan bersama Gagasan Sejahtera dan Pengerusi Felda di ibu pejabat Felda, Kuala Lumpur pada Isnin lalu turut mendesak siasatan terhadap setiap salah laku yang berlaku di dalam Felda dapat dilakukan dengan telus.

“Ini perlu dimaklumkan kepada rakyat kerana Felda adalah milik rakyat khususnya peneroka, mereka yang lebih terkesan selepas berlaku cacamerba tadbir urus yang melibatkan isu pembelian aset-aset yang menelan kos jutaan ringgit.

Termasuk beberapa projek yang tertangguh dan tidak dilaksanakan dengan baik antaranya isu skandal Projek Ternakan Ikan Sturgeon FELDA dengan dana peruntukan 47.6 juta itu hilang begitu sahaja,” katanya.



Tiada ulasan