Terkini

PM: P Pinang perlu teliti pembangunan elak bencana

TASEK GELUGOR: Kerajaan Pulau Pinang diingatkan membuat peneilitian dalam meluluskan projek pembangunan bagi mengelakkan berlakunya kejadian buruk akibat bencana alam seperti banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebarang keputusan meluluskan projek pembangunan itu juga mesti mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Sebarang projek pembangunan yang mahu dilakukan mesti ikut peraturan kerana jangan sama sekali menjejaskan alam sekitar yang boleh menyebabkan keadaan lebih buruk lagi.

“Kerajaan persekutuan akan berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang selepas ini untuk melihat perkara ini kerana yang lebih penting untuk kita utamakan adalah keselamatan dan kebajikan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Agama Rakyat Ar Ridwan hari ini.

Turut hadir adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Tiada ulasan