Terkini

Taat suami masuk syurga dengan mudah

Soalan: Apakah kelebihan kaum perempuan khususnya para isteri berbanding kaum lelaki atau para suami, sedangkan langkah kaum perempuan lebih pendek berbanding kaum lelaki, atau kaum perempuan mempunyai peranan yang agak terhad berbanding kaum lelaki, khususnya dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan di luar rumah yang termasuk dalam fardu kifayah, memandangkan kaum perempuan lebih memerlukan mereka berada di rumah.'

Jawapan: Nabi sebut dalam suatu hadis. Hadis ini memang terkenal. Nabi kata, “Ayyuman roatin”. Mana-mana perempuan. “Ayyu” itu maknanya umum, mana-mana perempuan.

Perempuan yang duduk di Malaysia, yang duduk di Tokyo, yang duduk di Afrika tidak kiralah, dia mengerjakan sembahyang lima waktu, dia melakukan ibadah puasa bulan Ramadan. Maknanya benda-benda yang wajib dia buat, taat perintah Allah. Kemudian dia taat kepada suami dia pula.
Apa juga perintah suami, dia taat. Dia taat sungguh pada suami.

Perempuan ini diberi pilih masuk dalam syurga di sebarang pintu mana dia hendak masuk. Dia adalah orang penting di akhirat nanti. Dia orang besar di akhirat nanti.

Sebab itulah orang perempuan yang datang tanya Nabi, “Ya Rasulullah, saya ini wakil muslimat. Muslimat sudah bincang belaka suruh saya datang tanya Rasulullah bila agaknya boleh kami hendak buat satu forum dengan Rasulullah.” Mereka hendak berjumpa dengan Rasululullah, hendak tanya, hendak bincang masalah, hendak tetapkan tarikh untuk berjumpa dan berbincang dengan Nabi. Jadi, mereka hendak ‘booking’ tarikh untuk berjumpa dengan Nabi. Nabi kata, “Tidak payah
bookingbooking tarikh, kamu seorang tanya sudah, kemudian kamu pergilah cerita kepada mereka ramai-ramai”. Maka kata perempuan ini, “Tidak apalah.” Orang perempuan ini kata, “Macam ini, kami ramai-ramai ini sudah lama mesyuarat, iaitu orang perempuan yang muslimat ini duduk berasa orang lelaki ini Tuhan lebihkan dia daripada orang perempuan sebab orang lelaki ini banyak pahala daripada orang perempuan. Orang lelaki ini boleh sembahyang Jumaat, kami tidak boleh sembahyang Jumaat, tiada Jumaat tiada pahala.

Orang lelaki ini memikul jenazah, gali kubur, perang sabil, keluar berdakwah, jihad, ceramah, macam-macam. Kami orang perempuan padan duduk main panggang ikan kering, tumbuk belacan, hayun buai anak, tukar pampers, duduk main macam itu sahaja, buat air kepada suami. Kami hendak juga pahala seperti kaum laki-laki.”

Nabi kata, “Kamu orang cerdik. Orang lain tanya hendak dunia, puak-puak kamu tanya hendak kelebihan akhirat, ini kumpulan cerdiklah ini. Bagus ini. Macam inilah, kamu pergi beritahu belaka, orang perempuan tidak payah, kalau hendak segala pahala orang laki-laki, duduk di rumah, taat perintah Allah, taat perintah suami. Duduk di rumah sahaja.

Bila taat perintah Allah, sampai masa sembahyang, sembahyang, sampai bulan Ramadan, puasa, kemudian taat pada suami, khidmat bagi suami. Suami suruh memasak, masak. Suami suruh buat air, buat air. Suami panggil masuk dalam bilik masuk terus tidak tangguh-tangguh. Maka bila begitu, Tuhan akan beri kepada orang perempuan segala pahala yang orang lelaki dapat, atas dasar kewajipan fardu kifayah tadi. Pahala mandi mayat, orang perempuan taat suami, akan dapat. Dia tidak mandikan mayat, dia duduk di rumah sahaja, tapi dia akan dapat juga pahala mandi mayat. Pahala buat masjid, pahala gali liang, pahala memikul mayat, pahala perang sabiah habis pahala orang lelaki Tuhan akan beri bagi perempuan yang taat suami.

Duduk di rumah. Itu sahajalah. Dapat pahala banyak. Tidak usah susahlah. Sebab kerja dia tempat dia di rumah. Orang lelaki tempat kerja dia di luar rumah.”







Tiada ulasan