Terkini

Selesaikan segera isu Kg Sg Buaya!


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor, melalui Bajet 2018 yang di bentangkan oleh YAB Menteri Besar semalam, mengumumkan bahwa PKNS akan membangunkan 136 unit rumah berkembar setingkat berkeluasan 850 kaki persegi diatas tanah seluas 17 ekar berhampiran Felda Sg Tengi Selatan.

Keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor ini, sudah tentu akan memberi kelegaan kepada Generasi Baru Felda yang telah lama menantikan bila projek ini akan dimulakan. 

ANAK mengharapkan, ianya menjadi perintis kepada projek berikutnya di Felda Gedangsa dan Soeharto.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor digesa mencari jalan menyelesaikan isu Kampung Sg Buaya(dulunya felda) yang menjadi mangsa kegagalan Projek Bandar Baru Sg Buaya.

363 orang Peneroka Sg Buaya yang dijanjikan RM1.2 juta sebagai pampasan, gagal memperolehinya dari pemaju projek, Murna Jaya Development Bhd. Di fahamkan, baki pampasan yang belum dibayar sebanyak RM850,000; manakala peneroka asal yang masih hidup tidak lebih 40 orang.

Peneroka hilang tanah 10 ekar, mengakibatkan hidup mereka dihimpit kemiskinan.

Isu Projek Bandar Baru Sg Buaya bermula di zaman Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Menteri Besar Selangor, sekitar tahun 1994.

Selain status tanah yang masih dalam kes mahkamah, terdapat sebahagiannya yang masih ada; yang seharusnya dalam pertimbangan Kerajaan Negeri, bagi kepentingan peneroka terbabit.
'Menerajui Perubahan'

Mazlan Aliman
Presiden ANAK

Tiada ulasan