Terkini

PRU14: Peranan media sosial sangat penting

CYBER trooper atau media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Justeru, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor, parti perlu ke hadapan untuk membina dan merancang gerakan penerangan parti melalui mujahid siber di setiap cawangan, Majlis Tindakan Dun (MTD), kawasan, negeri dan peringkat pusat.

"Dalam dunia langit terbuka,semua orang mengakses maklumat maka peranan cyber trooper sangat penting.

"Tambahan pula, pada era teknologi maklumat semua orang mempunyai peranti pintar atau gajet telefon pintar dengan mengakses maklumat di tangan mereka," katanya

Menurutnya, kerana itu  kerajaan memperuntukkan wang yang besar untuk membayar dan menggajikan cyber trooper mereka.

Malah pada 4 November lalu, Umno melancarkan perang sibernya untuk menghadapi PRU14 nanti.
Kata Riduan, hambatan media sosial yang terlalu tinggi menyebabkan ceramah-ceramah kelompok, ceramah skala kecil, program penerangan parti menjadi tidak berkesan bukan sekadar kepada parti pemerintah juga kepada parti-parti oposisi.

Oleh kerana itu, katanya gerakan cyber trooper memain peranan penting untuk menyebarkan dokumen, prinsip dan falsafah perjuangan  dan untuk menangkis serangan musuh kepada parti.
"Saya bersetuju dalam PAS ini diperkasakan peranan mujahid siber agar dapat menguasai maklumat dan menangkis serangan musuh.

"Masyarakat hari ini tidak lagi menggunakan media perdana sebaliknya lebih gemar dan mempercayai sumber-sumber daripada media sosial," katanya.

Tiada ulasan