Terkini

PAS hantar bantuan awal 200 petugas, 30 tan makanan

PAS akan menghantar bantuan awal 200 orang petugas dan 30 tan makanan ke Pulau Pinang, kata Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia), Datuk Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata, penghantaran tersebut akan dikelolakan oleh Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia).

“Petugas-petugas tersebut akan datang dari Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, Nusaibah, Skuad Kami Prihatin dan Skuad Khidmat,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.
Selain dari itu, kata beliau Khidmat Malaysia akan mewujudkan ‘Dapur Rakyat’ di lima lokasi di Pulau Pinang.

"Tujuan program ini adalah untuk menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir dan para petugas," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Tiada ulasan