Terkini

Mata pena penyelamat nyawa.

Oleh Arif Atan

Tidak "berkecuali" berdiam diri seperti 11 Ahli Parlimen Pas, tiga wanita warga Indonesia ini akhirnya bangkit beraksi lantaran tidak rela lagi kezaliman menjadi raja.

Pagi kelmarin, mereka bebas merdeka berjaya diselamatkan selepas lapan bulan menanggung azab menjadi hamba abdi dikurung dengan kawalan anjing yang sudah tentunya garang!

Mereka berusia 21 dan 25 tahun, berasal dari Belawan, Sumatera. Bayangkan, lebih 200 hari letih seksa ditindas dipaksa kerja tanpa dibayar gaji! Hanya diberi makan nasi bungkus ketika bekerja.

Bila malam, dikurung di tingkat 3 rumah majikan selepas bekerja sehari suntuk di kilang membuat sarung bantal dengan kawalan anjing.

Tidak tahan terus ditindas mereka enggan pasrah berdiam diri. Mereka berfikir mencari ikhtiar. Sesuai dengan nama tempat asal mereka - Belawan - mereka bangkit melawan kejahatan mengikut kemampuan dan keterbatasan yang ada.

Benarlah mata pena itu begitu berharga bahkan penyelamat nyawa manusia! Tulislah kerana dengan beberapa patah kata itu akan mengembalikan nilai kemanusiaan dalam usaha menentang kezaliman dan kejahatan.

Akhirnya, lambaian tangan mereka dari tingkat tiga bangunan turut diiringi ungkapan 12 suku kata pada sekeping kotak yang berbunyi:

"IBU TOLONG SAYA. SAYA MAHU LARI."
* Majikan mereka kini dipercayai berada di China atas urusan perniagaan. "Majikan" jahat ini mesti disumbat ke penjara paling kurang 16 bulan iaitu dua kali ganda daripada tempoh seksa yang ditempuhi ketiga-tiga insan teraniaya itu.
Majikan jahat tamakkan keuntungan meludahi kemanusiaan. Tanah air ini serta kita sendiri sengaja mengundang laknat Tuhan jika niagawan/kuasawan/bangsawan zalim lagi jahat dibiar tanpa dikenakan hukuman setimpal.

Tiada ulasan