Terkini

Bukti Anwar Ibrahim Bukan 'penjenayah' !

Oleh Khalid Samad

Lawatan Najib dan Zahid ke atas DSAI adalah bukti DSAI bukan 'penjenayah'. Beliau tahanan politik yg terus berpengaruh walaupun telah difitnah, dizalimi dan dipenjarakan oleh pimpinan UMNO yg berkuasa.

 Kekuasaan mereka terjejas oleh insan agung yg dizalimi mereka sehingga terpaksa datang menziarahi beliau. Diambilnya gambar bersama dan ditularnya mengharapkan simpati pada ketika diasak.

Mana mungkin 'penjenayah' yg melakukan jenayah yg keji akan diberikan layanan sedemikian rupa? Mustahil ianya berlaku.

 Tetapi mereka datang melawatnya kerana mereka sendiri tahu DSAI mangsa keganasan politik mereka.

DSAI seorang pejuang rakyat berjiwa besar dan walaupun lawatan mereka tidak diundang namun tidak juga disambut dengan cacian dan kata-kata nista.

 DSAI tahu mainan mereka dan dia tahu juga akan kebijaksanaan rakyat jelata.

Rakyat akan melihatnya sebagai petanda awal kemenangan DSAI apabila sang penguasa datang mengadap bakal PM Malaysia....

Tiada ulasan