Terkini

Banjir: Rakyat P Pinang marah ada asasnya

KEMARAHAN rakyat Pulau Pinang atas kelembaban kerajaan negeri menguruskan situasi pasca banjir memang ada asasnya.

Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun air dah surut sepenuhnya di sebelah pulau, mangsa banjir yang nak pulang ke rumah mendapati rumah mereka penuh lumpur dan sampah.

"Lumpur pula agak tebal. Di luar kemampuan mangsa untuk menguruskan sendiri operasi pembersihan disebabkan ketiadaan peralatan seperti water jet," ujarnya.

"Tak ada sebarang agensi kerajaan yang mari tanya khabar untuk bantu kami." Inilah antara keluhan mereka.

Justeru, katanya PAS melalui Khidmat Malaysia membawa politik penyelesaian.

"Bukan kerja kita nak memanaskan lagi suasana. Kerana itu Khidmat Malaysia telah membuat kerahan mobilisasi ke seluruh negara agar petugas Khidmat Malaysia negeri-negeri menghantar segera tenaga bantu dan peralatan segera bagi operasi pembersihan dan pemulihan," jelasnya yang juga AJK PAS Pusat yang turut berada di Pulau Pinang.

Tambahnya, rakyat agak bernasib baik kerana bekalan air tak terputus yang mengelakkan kesan sampingan lebih buruk

Tiada ulasan