Terkini

Bagaimana dengan gaya hidup Najib dan keluarga, soal pengguna media sosial

Oleh

GAYA hidup Perdana Menteri Najib Razak dan keluarganya juga perlu ditonjolkan kerana mereka juga terkenal dengan gaya hidup yang mewah, kata pengguna media sosial.

Mereka memberi maklum balas terhadap laporan yang disiarkan dua akhbar pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian yang mendedahkan kehidupan mewah Meera Alyanna Mukhriz, cucu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Menurut Edisi Mingguan Malaysia terbitan Utusan, laporan di muka depan bertajuk "Gaya hidup selebriti Meera Alyana Mukhriz" adalah berdasarkan akaun Facebook dengan nama "Sudahlah Mahathir".

Pengguna Facebook seperti Daniel Mikael dan Zailani Ariffin mendesak akhbar pro Umno juga menonjolkan kekayaan keluarga Najib kerana bapa Meera Alyana, Mukhriz "tidak mencuri duit negara".

"Aadakah ayahnya (Mukhriz) mencuri duit negara? Adakah ayahnya bawa bencana kepada negara? Soal tentang kehidupannya yang mewah adalah masalah dia (sebab itu duit dia). Masalahnya sekarang ialah kos sara hidup yang tinggi, pengangguran, cukai dan tol," Zailani Ariffin memberi komen.

"Kenapa mereka tak tonjolkan gaya hidup mewah isteri dan anak-anak Najib dan kroni mereka?... jangan percaya kepada cerita -cerita yang dicetak oleh media Umno," komen Subramaniam Applanaidu.

"Perniagaan ayahnya (boleh tampung dia), bagaimana pula dengan anak lelaki Najib?" soal Daniel Mikael.

Pengguna Facebook lain berkata, tidak seperti Najib, Mukhriz Mahathir memegang pelbagai jawatan di beberapa firma perniagaan dan beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan boleh menampung gaya hidup Alyana.

"Ayahnya ahli perniagaan, tiada masalah kalau dia (Mukhriz) mahu berbelanja untuk anaknya," komen Dedi diya.

"Biarlah dia, dia ada duit, selagi dia tak ambil duit rakyat," kata Wan Hamid, seorang lagi pengguna Facebook.

"Berita mereka menjengkelkan. Itu bukan duit GST, bukan duit 1MDB. Jadi kami tak kisah tentang kekayaan dia. Kami kisah ke mana duit 1MDB pergi," komen Zul Said.

Malah pengguna bernama Angelina Andreas dan Mohamed Reza Arabi juga berkata Mukhriz perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas kedua-dua akhbar berbahasa Melayu itu.

"Mereka patut saman Utusan untuk bersihkan nama mereka, dan ia layak dipanggil fitnah, pasti akan menang," kata Angelina Andreas.

"Biar Mukhriz ambil tindakan undang-undang," kata Mohamed Razi Arabi.
Marina Mahathir sebelum ini telah memberi respon terhadap kedua-dua laporan itu dan berkata ianya tidakan terdesak untuk mengalihkan perhatian skandal 1MDB.

“Orang yang terdesak tengah cuba mengalih tumpuan dari isu ini,” katanya  berhubung rencana itu.

Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan merupakan pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Najib, menuduh perdana menteri itu telah mencuri berbilion ringgit dari tabung negara.

Tiada ulasan